31 October, 2010

PENYERI HIDUP

TOKBU:
Kelahiran Bibi Jadzmin Faqihah (Kayha)  3 tahun lalu memang dinanti2kan oleh saya sekeluarga.  Sebabnya Kayha merupakan cucu pertama saya dan juga anak saudara pertama bagi Jadz dan Wannie.  Jumaat kelmarin 29 Oktober 2010 genaplah 3 tahun umur Kayha.  Menyeksikan dia membesar di depan mata amat mengembirakan saya.  Menjadi cucu pertama dalam hidup saya  membuat saya begitu teruja.  Baru kini saya faham perasaan seorang atuk@nenek@tok wan@ opah terhadap seorang insan yang dipanggil cucu.  Kayha memang rapat dengan saya.  Terlalu manja.  Kalau kena marah dengan Babah atau Mummynya sayalah yang dicari.  Sebab itulah saya agak keberatan untuk berpermergian lama seperti balik kampung ker atau bercuti ke mana-mana.  Rasa rindu sangat sekiranya meninggalkan dia lama2.  Dialah yang menyerikan hidup saya sekeluarga dengan keletah, kenakalannya dan kemanjaannya.
  
Sesuai dengan peredaran zaman dan masa, kanak2 sekarang memang bolih dikatakan cerdik2, pandai dan keletah.  Mungkin sedari kecil mereka telah didedahkan dengan pelbagai bentuk pembelajaran oleh ibu bapa mereka yang memang rata2 dibesarkan dengan pelbagai ilmu yang terlalu banyak sekarang ini.  Pelbagai kaeadah pembelajaran telah diterapkan oleh ibu2 mereka sedari kanak2 ini dalam kandungan lagi.  Justeru itu memang diakui kanak2 masa kini amat cerdik.  Baru dilahirkan saja sudah membukan mata dan pandai pula memandang sekeliling.  Ditambah lagi baru sebulan atau dua bulan usianya bayi2 ni telah diletakkan di hadapan TV menonton cerita2 kartoon. Kalau kita perhatikan macam faham pulak mereka ni. 


Begitu juga dengan Kayha.  Terlalu banyak keletah, telatah dan kepandaiannya kalau hendak diceritakan.  Tidak masuk lagi dengan kenakalan dan kepetahannya bila bercakap dengan kita. Selain dari itu sama menghadapi saat Kayha sakit seperti deman selsema  atau batuk.  Ini tidak kira lagi kalau dia meragam.  Dan yang paling tidak dapat saya lupakan bila Kayha kena masuk wad kerana disyaki kena H1N1 kemudian suspek pula denggil. Memang satu dugaan buat saya sekeluarga.  Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan cucu saya.


Tahun ini kami sekeluarga menyambut hari lahir Kayha dengan ala kadar sahaja.  Tidak seperti  semasa dia berusia 1 dan 2 tahun kami membuat majlis yang agak meriah dengan menjemput keluarga terdekat dan rakan2 rapat. Mungkin tahun hadapan ada majlis yang lebih meriah.  


Kek Birthday ini Kayha sendiri yang memilihnya 












Menyaksikan Kayha membesar ...


Sentiasa berdoa agar peristiwa ini tidak berulang lagi
Kayha semasa di wad
KAYHA:
Adik sudah 3 taun.  Cemalam adik potong kek.  Adik pilih sendili kek adik.  Kat lumah mummy pasang api kat lilin suluh adik tiup ... tapi adik malu nak tiup. Babah yang tiup.  Semua olang nyanyi lagu tuk adik.  Cik Nani kata adik ada masalah bila suruh potong kek (adik pun tak tu apa tu).  Kek adik sedapnya ... Cik Nani belikan adik dua plezen.  Adik suka ... catu balang2 macak2 catu lagi playdoh aisbox .... tima kacih Cik Nani ....




JUMPA LAGI ....

No comments:

Post a Comment