29 October, 2010

KACAU BETUL LAH ....

TOKBU:
Pernahkah anda merasa terganggu oleh seseorang dan akan menyebabkan anda merasa dikacau atau diganggu.  Sebagaimana yang diketahui saya memang berjogging setiap pagi kecuali hari Sabtu dan Ahad.  Setelah berjogging beberapa bulan ramailah kenalan kebanyakannya wanita China.  Ada yang sebaya dengan saya dan ramai juga yang muda-muda.  Yang paling rapat dua orang yang lain sekadar bertegur sapa saja mengucapkan "cho san", "good morning" dan "selamat pagi".  Ada kalanya berbual2 pendek saja.  


Sudah banyak kali ingin bertanya namanya dua orang ni yang seorang mungkin muda sedikit daripada saya.  Rakan wanita Melayu saya memanggilnya Antie so saya gunakan nama dia Antielah.  Seorang lagi muda benar2 dan cantik paras rupa dan susuk tubuh. Tetapi bila sudah berbual panjang dengan mereka sering terlupa untuk bertanya nama.  Dalam perbualan sering menggunakan saya awak u i saja.  Antie ni mengadu pada saya ada seorang wanita China (WC) selalu menganjaknya joint group dia setiap pagi melakukan senaman.  Tak taulah senaman apa namanya.  Di taman rekreasi ni banyak group2 kecil dua tiga orang  melakukan pelbagai jenis aktiviti senaman.  Kalau anda ada membaca entry saya yang lalu mungkin anda masih ingat.  WC ni melakukan senaman bersama suaminya dan ada dua orang pengikutnya.  Banyak kali juga saya lihat dia mengajak sesiapa yang dia jumpa untuk joint groupnya.  Nampaknya tiada sambutan sebab sudah ada satu group besar yang melakukan senamrobik dan tai chi setiap pagi.  


So Antie ini rasa terganggu sebab WC ni pantang berjumpa dengannya mestu ajak dia menyertai groupnya.  Sudah banyak kali katanya dia menolak tapi WC ni macam tak faham2.  Dikatanya apa yang dilakukan oleh Antie seperti berjogging, berjalan sekeliling taman, mengayuh peralatan di taman itu tidak bagus.  Hanya senaman yang dilakukan oleh suaminya sajer yang baik.  Semua yang orang buat di taman tu tidak bagus.  Anginlah di Antie ni.  Sampai dia rasa malas nak datang berjogging.  "Ini olang tua kacau butut lah" kata antie. Sampai tahap dia tidak dapat melakukan aktiviti di taman dengan baik disebabkan WC ni.  Dia terpaksa berhenti beberapa kali dan melarikan diri bila ternampak WC ni datang ke arahnya.  


Saya pun bila melihat WC gelagat ni geram juga.  Habis semua orang disyarahkan dan ramai yang tidak senang dengan kehadirannya.  Dua rakan wanita Malayu saya pun tidak terlepas disyarhkannya.  Yang peliknya saya tidak pula diganggu.  Mungkin disebabkan dia sudah tua mereka malas untuk berkata apa2 diam sajerlah.  Yang peliknya seorang dari groupnya telah joint dengan group lain.  Saya melihat  bukan main marahnya dia. 


Kalau antie tadi merasa terganggu oleh WC saya pula merasa terganggu oleh satu apek tua ni.  Gigi pun dah tak ader.  Dia menegur saya apabila kami berselisih.  Seperti biasa saya balas ucapan selamat paginya.  Lepas tu bukan main ramahnya dia bertanya itu dan ini pada saya.  Saya pun tidaklah rasa apa2 berbuallah dengan dia.  Esoknya eh  .. lain macam pulak apek ni sampai nak bersalam dengan saya dan tanya pukul berapa saya selalu datang ke taman ni.  Lepas tu hati ini dah rasa tak sedap.  Nasiblah esoknya pagi - hujan dan saya tidaklah berjogging.  The next day berjogging saya nampak dia datang ke arah saya semasa saya sedang peddling.  Saya buat tak pandang sajer.  Saya buat2 tak dengar bila dia tegur saya.  Bila saya bercerita pada dua sahabat China saya Antie dan Amoi Comel dia orang gelakkan saya dan kata "oi jangan layan lah itu olang tua banyak gatal lah".  Terkejut dog saya.  Ni lah yang buat saya pulak rasa terganggu nak pergi Jogging.  KACAU BETUL LAH MACAM NI ....




JUMPA LAGI ...



No comments:

Post a Comment